Rayer Kat Kampung!!

November 10th, 2005 by ceplot

Apalah erti rayer kalau tak balik kampung, dan biasalah bila sebut kampung je.. mesti korang ingat jugak kat mercun, bebudak kampung main meriam buluh, dusun, sawah padi ke apa ke.. Bagi aku ini merupakan pes time aku balik beraya kat ‘kampung’ . Reason aku cakap cenggitu bukanlah macam sebelum nih aku tak pernah balik kampung pun.. Tapi.. kampung aku bukannya macam kampung real pun.. dah maju dah kampung aku.. sebelah je ngan shopping complex kat JB tuh.. dan pulak.. kebanyakan yang tinggal cuma sedara mara je.. nenek ngan atuk aku dua dua dah meninggal.. Al- Fatihah..

So, nak dijadikan cerita.. kali nih pes time aku beraya kat kampung yang betul cam kampung.. iaitu kampung orang rumah aku.. kat Negri Sembilan .. Kiri kanan sawah padi.. pas tu sebelah lain ade ladang dragonfruit ( ni pun pes time tgk ladang camtu.. ) lepak kat tali air.. main kat pokok buah buahan, masak dalam kawah reramai, main api.. jenjalan rumah orang makan kuih kampung… dan byk lagi ler…

Ari Raya pes day tuh.. aku raya umah mak abah aku kat kajang.. lepak kat 1/2 ari japs.. mintak maap apa yang patut pas tu aku ngan family aku konvoi pi raya umah makcik aku plaks… perghh.. lagi banyak kitorang melantak sampai end of the day.. lepak layan kenyang sambil tgk tv jer aa.. Sambung plak ke petang sampai ke malam jenjalan pi rumah sedara mara yang lain..  syok gak.. sekali sekala gathering camni… theheh siap ade lucky draw plak tuh… disponsor oleh SK II (jgn tanyer camner SK II leh sponsor , rezeki dtg dari mana mana kan ? )

Jumaat malam kitorang gerak pi kampung bini aku…. bleh tahan gak jalan gi sana… 2 jam baru sampai.. walhal rumah aku kat kajang tuh kalo sampai ke exit seremban/senawang dalam 15 minit je… tapi tu la.. masuk jalan tuh jalan nih.. kuar semak semak nih… sampai la laman kampung tuh dalam kol 8.30mlm..

AKu ingatkan dalam 30 orang la yang ada bertandang… rupo-ruponyer 60 orang lebih dengan 1/4 drpd tuh iolah kanak-kanak … perghh. meriah + havoc giler.. Uweek sana uweekkk sini… pergh.. mmg betul betul suasana kampung… Rindu plak rasanya pasal dah lama sgt tak rasa feelings best camni..

Nak dijadikan cerita… mulalah proses icebreaking ngan family dia… stat ngan conversation membawak pulak ke belakang rumah join diorang masak rendang la nasik ayam la tu la nih la… pas tu, Air teh memang tak pernah miss… perghh.. weng ooo kalo minum lebih muatan… Dan antara pengalaman aku yang cambest je ialah masa kitorang bertandang rumah sedara kat felda pasoh.. perghh.. Kuih baulu dia.. mak uii.. tokleh nak celen la… dah tuh… makan tapai plak… perghhh.. siap balut dalam daun koko tuh.. pas tu makan ngan rendang…

Setahu aku la… tapai nih best makan ngan ice-cream… tapi orang tua tua sana cakap.. kalau nak kow , ko telan la tapai ngan rendang daging… kalo rendang tuh lagi keras lagi best…  aku telan la 2 biji… sampai naik tersedak aku… dia punye weng… ngalahkan minum air tuak… ( macam la aku penah pernah layan tuak )

Punyelah berGELOCAK perut aku makan macam macam sampai la kau sakit pewut tgh tgh pagi… cukup menyeksakan kalo nak ter TOOOT kat kpg nih… jamban dia tu haaa… 10 meter dari rumah aa.. gelap plak tuh.. seram plak aku nak buang air besar… nasib baik rumah kampung nih moden sket.. ade gak jamban moden dalam rumah…. setel problem aku..

Kitorang sempat gak singgah pekan Bahau… layan window shopping.. tapi takde la happenning sangat.. cuma aku pelik sket… kat Bahau nih pun bulih ade Bintang Walk gaks… cuma takde la bulih celen ngan Bintang Walk kat Sg Wang tuh… thehehehe jauh cam langit ngan bumi…

Aku ngan bini aku konvoi balik ke KL lepas subuh… tau je lah.. nanti highway jem gile babas… sempat gak singgah kat Seremban pick-up Atuk ‘baru’ aku kat rumah sedara dia…

Pastu kitorang pun lenggang kangkung balik ke KL petang tuh..

Sampai je rumah aku tetido sampai kol 5 ptg… theheheh punyer la best Rayer aku tahun nih… Nasib baik bini aku ade kampung best… Sayangggg kat bini aku… kes kes  kes kes

YeHoo!!! RayeR Dah DatanG…

October 28th, 2005 by ceplot

Kad_raya Adalah dengan ini , kami suami isteri dengan seronotnyer pada tahun nih mengucapkan teramat - amat syukur ke hadrat Ilahi pasal kitorang dapat kawen sebelum rayer. Maknanyer, tahun nih pes time la kitorang dpt rayer as somi istri .. Dan pada masa yang sama kitorang nak ucapkan gak la Selamat Menyambut Hari Lebaran kepada semua warga Frendster nih dengan ucapan…

" Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga"

p/s: Aku mmg teringin betul nak ucapkan raya cam kat atas nih.. lama dah idam… dpt jugak… Caya la!

SELAMAT MENYAMBUT RAYER!!!

Anda Tensen ngan AF?

October 24th, 2005 by ceplot

Aku adalah umat yang ak gemor tgk AF.. aku pun tak tau la kenapa ramai giler orang suke tgk AF.. bukannya apa… kefanatikannya memang world la bak kata juara AF3 si Mawi tuh… sampai kengkadang tuh lupa diri..  Dalam aku belek belek majalah kat opis aku nih.. aku terbaca satu artikel pasal betapa ramai umat islam dah senget pasal AF3.. eventhough the main topic bukanla pasal AF, tapi pasal minda Masyarakat Melayu Islam Malaysia..

so.. tgh aku baca tuh aku tangkap syok la plak… pasal artikel tuh best dan panjang.. aku tak sempat la copy paste kat sini.. lenguh beb… TAPI aku aku reply kat penulis dia la… aku reply cenggini..

Date: Tue, 25 Oct 2005 04:55:13 +0100 (BST)
From: "marecza miyelli" <mareczamystic@yahoo.co.uk>  Add to Address BookAdd to Address Book
Subject: Melayu Memang Mudah Lupa!
To: editor@mileniamuslim.com.my

 

Assalamualaikum WBT
Penjelasan artikel oleh Cik Maizura Mohd Ederis pada keluaran September 2005 Bil 37 berkenaan dengan ‘ideologi’ Masyarakat Melayu Islam Malaysia sebenarnya sedikit sebanyak telah memberikan satu impak yang sepatutnya kita ambil berat pada hari ini. Pengertian dan juga penghayatan dalam ertikata Islam itu sendiri semakin lama semakin pudar samada dimakan zaman ataupun dimamah oleh "kreativiti akal" yang dijanakan sendiri oleh masyarakat tempatan sekarang.  Saya sendiri tidak faham bagaimana situasi seperti ini ibarat acuh tak acuh, bukan sahaja ditunjukkan oleh golongan yang "buta islam" malah yang lebih mengecewakan lagi ialah sokongan dan sorakan daripada golongan yang sepatutnya dikategorikan sebagai pembimbing dan penyedar ke arah menuju Islam yang hakiki yakni Islam yang diiktiraf oleh Allah SWT.
Kelakuan pelik yang melanda masyarakat melayu ini sering datang seperti musim durian (musim demam AF) cukup jelas menunjukkan bahawa umat Islam sekarang ini mampu tewas dan tunduk dengan dugaan Allah yang semudah ini. Penulis telah memberikan satu perspektif yang jelas bahawa kita, umat melayu yang mengaku Islam ini janganlah hanya bersandarkan daripada nama dan perbuatan sahaja. Islam itu adalah Ad-Din yakni cara hidup kita. Adaptasikanlah sebaik mungkin seluruhnya agar Allah dapat memberikan rahmatNya kepada kita sebagai hambaNya , bukan bala bencana yang dihantarNya berkali-kali dengan tujuan untuk menyedarkan kita daripada tergelincir daripada landasan Islam yang diredhaiNya.
Wallahualam..
Melayu yang Tak Lupa,
25 OKTOBER 2005
p/s: aku tak suka ngan AF… kalo ade astro pun aku nak tgk Discovery.. lagi baguih..

EPi BesDay Encik Marec..

October 17th, 2005 by ceplot

Mon2

Mon

Mon3Mon4

Genap 17 hb oktober ari tuh.. tambah lagi satu tahun umor aku kat biodata.. aiseymen..26 years of experience. Adus.. Macam macam hal dah berlaku masa aku 25 thn lepas.. isk.. Perghh.. aku sendiri ingat balik pun seram.. Macamana ler aku leh survive.. isk isk . Tapi! tak cukup ngan cite cite seram, umor aku masa 25 nih pun disinari jugak ngan cite cite besh! Sampai bebila la aku mesti ingat punye la.. aduhai 25..

So meh la aku list downkan apa yang berlaku sepanjang umo aku masa 25 tahun..

Yang Besh!

1. Aku kawen ngan bidadari aku pada 21 Ogos Lepas..

2. Gaji aku naik RM 300.

3. Aku dpt gi jenjalan satu mesia buat event..

4. Aku tukor keta , abah aku beli keta , dan kali nih turn adik aku plak yang bawak keta family kulu kilir…

5. Aku BEBAS SEBEBAS-BEBASNYA pun pada umo aku 25 gak … kes kes kes..

6. Couz aku kapel ngan kawan vini aku..

Yang Tak Besh!

1. Air Cond kereta aku rosak abis hingga ke tahap ganti all in yang baru..

2. Aku tukar radiator ngan clutch plate lagik sekali…

3. Aku terpaksa tinggalkan tunang aku selama 3 bulan pasal buat roadshow…

4. Aku mengidap krisis sebelum kawen tahap kronik.

5. Duit aku makin licin pasal nak kawen…

6. Away dprd umah lama aku, bilik aku, stuff aku.. perghh.. rindu beb..

7. Couz aku lagi satu give-up nak tekel sedara kepada aweq couz aku yang tadi merangkap kepada kawan bini aku tu.. isk… takpe.. chill out bro..

Apa- apa pun.. aku tetap epi.. maybe my 25 yrs of age takle sebest mana pun… tapi at least aku tetap seronot pasal nih pes time aku sambut besday aku bukan sorang-sorang.. kali nih aku ade teman yang selalu ada kat sebelah aku… sapa lagi kalo bukan orang rumah aku yang kiut miut.. alahai..

Adiah apa yang aku dpt ?

1. Bini aku masak spesel edition utk aku je mlm tu… nyum nyum!

2. Aku belikan utk diri aku sendiri busur ngan anak panah satu set…

3. Sms berkoyan-koyan dprd cousin aku ngan member-member yang ingat… antaranya ialah Lady Boss aku… (isk.. camner la dia leh ingat besday aku…)

4. Dan last sekali apa la lagi adiah paling best dlm dunia nih kalau bukan bersama yang tersayang…

Yang pastinya , tahun nih aku mmg tak dpt apa apa kek pun… ntah la.. kot kot nak sedekah leh gak… tapi kok ye pun.. jgn la bagi kek yang rupa dia cam nih..

49076363

Epi BesDay MaReCC!!!!!!

Posa oh posa..

October 12th, 2005 by ceplot

Masuk ni dah dekat seminggu lebih dah kita posa ye tak? Dan sampai ari ni gak.. aku masih maintain berpuasa sementara rakan rakan seperjuangan yang lain kelihatan tewas dengan godaan syaitan bertoncit satu.. Betapa seksanya kalau korang nak tau la… perasaan aku yang mana kelihatan seperti aku sorang je yang posa… Adus.. bau kari ayam melata, sedutan nikotin yang disudahi dengan sendawa ganas di kala meneguk air sejuk… Siul punye budak opis..

Tapi tu kire biasa la akhir zaman gini.. takat cakap bulih la.. takkan nak pukoi pulok ye tak.. masing-masing pun dah kire dewasa dah… tak reti gak tak tau le.. kalau si apek, india takpe lagi… nih kok yang bernama mohd anu si polan pun join sama… isk..

AKu pun bukannya semalam baru posa.. Korang telan la apa apa pun depan mata nih.. alahai.. tak lut beb.. Cam bebudak je aku tengokkan.. Tapi tang nikotin tuh .. err maybe payah sket aa..

Walau seterel mana sekalipun aku berposa.. tapi kelemahan aku iolah susah nak bangun.. bukan bangun sahur.. tapi bangun apa jua lah…  asal terlentoq je.. perghh mampu mengambil masa skurang-kurangnya 15 minit.. Paling lama 2 jam.. tu kire rekod terlama la… yang aku tlahpun berjaya mengatasi rekod lama dengan kelebihan 1 jam 30 minit.. gile babas tol..

Aku bukan kata aku tak bangun sahur.. tapi susah nak bangun.. Orang rumah aku ntah berapa kali bertukar menjadi Ultraman sejak 2 menjak nih.. kalo tak di’fire’nya aku, mungkin aku kena choke slam ngan dia.. Ntah la… sejak kawin nih.. aku terlalu selesa tidur… perghh.. jangan tanyer la..

Untuk menyelesaikan masalah tidur aku.. aku telahpun mengsetkan alarm hingga ke volume terkuat dengan bunyi lahanat yang pasti membuatkan korang rasa cam nak baling je henpon kat dinding. Kali nih aku memilih sore mak nyah mana ntah menjerit mintak angkat tepon.. (aku donlot drpd henpon brader despatch opis aku).

Malam tu aku tidur dan keesokkannya… aku gagal…

Kali nih aku cuba dengan mengsetkan pada 2 henpon pula , ulang berturut-turut selang 5 minit sampai la aku angkat.. dan outcomenye….. jeng jeng jeng..

pun sama gaks… Aku lambat bangun..

Aku beli jugak jam mana ntah yang bising demi mengejutkan aku untuk bangun nanti… dan aku try ketiga ketiga jam dengan ulangan berturut turut selama 3 minit sampai la aku angkat..

guess what..

Jam itu masih terus berbunyi.. aku masih terus lena diulit intan..

Rupe- rupenya setelah aku mengkaji selama seminggu dua nih camna benda nih leh berlaku.. baru lah aku sedar yang sebenarnya aku mmg bangun pada tika jam itu berbunyi… tapi yang peliknya.. ialah aku secara otomatisnya akan terbangun dengan sendirinya.. lalu dengan mata yang tertutup.. aku akan cari bunyi alarm dan mengoffkannya sekaligus..

Padan la selalu tak dengar…. rupe-rupenya tindakan refleks aku yang aku didik sejak aku bujang dulu.. telah pun memberikan masalah utama kepada masalah aku yang malas bangun tidur nih..

Sekarang aku telahpun berjaya menemui penyelesaian masalah aku selama nih.. thehh tekniknya ialah aku akan menggantikan sore mak nyah yang menyakitkan ati tuh dengan sore abah aku menjerit nama aku bagai nak rak sebagai bunyi alarm yang mana sekaligus meng setel kan semua problem aku berkaitan ngan susah nak bangun nih… Caya lah!! Malaysia bulih beb!

Cuma sejak akhir-akhir nih aku terkena masalah lain pulok….

Masalah kejutan jantung…. isk isk..

Poser atau rayer?

October 5th, 2005 by ceplot

Akhirnya sampai jugak kita ke bulan Ramadhan Al-Mubarak.. sekali lagi menunaikan ibadah posa dan juga mengstopkan zina mata mahupun mana mana lagi anggota yang nakal tu… Yang penting, niat jangan lupe… pasai kalo korang lupe niat… almaklum. rugi le korang lapo sorang2…

Cam biasa le.. bile start je posa.. benda yang memula orang dok pk… ialah camne nak buka posa.. pastu nak buka kat ner? bazar ramadhan mana yang paling best etc.  Seme dok anggap yang posa nih takat berlapar utk ngenangkan orang yang susah… tapi bile tang makan tuh ..perghh.. macam tak ngenang langsung plak aku tgkkan.. yang paling kelako… aku pun macam tuh jugak..

Harapkan time semayang terawikh je la aku rasa betul betul macam hayati bulan ramadhan nih..  nak harapkan time keje.. emphh.. silap la… dah le seme bukan islam.. yang ada pun macam tak jalan… so.. kirenya aku posa sengsorang la kirenya kat opis nih… buhsan buhsan..

Tapi la kan.. saat terbest bagi aku utk tahun nih ialah.. tahun nih aku bukan lagi keseorangan cam dulu.. kali nih aku ade teman la… thehehe.. alhamdulillah … istri aku yg tersayang tu akan sama sama posa ngan aku.. so takde la ralat sgt.. bertambah syok la raya aku kali nih.. ye haa…

Pe pe pun aku tetap looking forward utk raya…. theheh.. best oo …

October 5th, 2005 by ceplot

Akhirnya sampai jugak kita ke bulan Ramadhan Al-Mubarak.. sekali lagi menunaikan ibadah posa dan juga mengstopkan zina mata mahupun mana mana lagi anggota yang nakal tu… Yang penting, niat jangan lupe… pasai kalo korang lupe niat… almaklum. rugi le korang lapo sorang2…

Cam biasa le.. bile start je posa.. benda yang memula orang dok pk… ialah camne nak buka posa.. pastu nak buka kat ner? bazar ramadhan mana yang paling best etc.  Seme dok anggap yang posa nih takat berlapar utk ngenangkan orang yang susah… tapi bile tang makan tuh ..perghh.. macam tak ngenang langsung plak aku tgkkan.. yang paling kelako… aku pun macam tuh jugak..

Harapkan time semayang terawikh je la aku rasa betul betul macam hayati bulan ramadhan nih..  nak harapkan time keje.. emphh.. silap la… dah le seme bukan islam.. yang ada pun macam tak jalan… so.. kirenya aku posa sengsorang la kirenya kat opis nih… buhsan buhsan..

Tapi la kan.. saat terbest bagi aku utk tahun nih ialah.. tahun nih aku bukan lagi keseorangan cam dulu.. kali nih aku ade teman la… thehehe.. alhamdulillah … istri aku yg tersayang tu akan sama sama posa ngan aku.. so takde la ralat sgt.. bertambah syok la raya aku kali nih.. ye haa…

Pe pe pun aku tetap looking forward utk raya…. theheh.. best oo …

Tahukah dikau..

September 23rd, 2005 by ceplot

Tahukah korang apa maksud sayang.. Biasanya, bila orang sebut sayang nih.. maka ianya sering dikait rapatkan dengan ambil berat la, rindu, dan diselit pulak dengan chenta.. Aiseymen.. mesti korang ingat aku tgh boring nih … pasal rerajin benor nak cite pasal topik poyo nih.. bukan pe.. aku sejak 2 menjak dah kawen nih.. aku makin paham pulok maksud tersirat di sebalik perkataan sayang tuh sendiri.. perghh.. maut siut ayat aku..

Rindu, chenta ngan sayang.. semenyer perasaan  beb.. Rindu nih datang masa kita takde dengan orang yg tersayang… terasa jauh sgt.. elemek.. padahal satu opis.. department je lain.. isk.. tuh kire kes teruk la tu.. silap aribulan.. toilet opis pun jadik..

Sayang pulak biasanya perasaan yang dtg masa dia ada dengan kita.. aicewah.. Sayang nih bulih ditokok tambahkan lagi dengan ayat ayat power samada dari laki maupun pompuan.. yang mana bulih dikategorikan ayat2 tersebut mampu mencairkan hati dan jugak besi bergalvani. Lebih kreatif ayat tersebut, maka nilai sayang tuh sendiri jadik mahal.. Ayat2 nih sering menjadi igauan para remaja skang nih.. maklumla.. ayat jenis nih la menentukan samada u end the journey till end of ur life or.. takat till the end of ur bed aje.. dan seperti biasa.. banyak yang abis ujung katil je.. Nauzubillah..

Dan seterusnya ialah chenta.. Perghh!! Untuk melafazkan bendalah nih nampak mudah.. tapi sekiranya korang tersalah ambil kira perkataan chenta nih.. for sure korang menyesal tak sudah. Nak patah balik.. boleh makan ati oo.. Tapi… sekiranya ianya dilafazkan pada masa ngan waktu yang tepat.. orang pun tepat dan sewaktu dengannya.. ala.. ertikata lain kalau ayat nih dilafazkan ketika korang bertemu jodoh korang.. Maka, insyallah korang akan mengalami satu nikmat yang sangat best.. sehinggakan korang tak dpt nak cakap camne bestnyer pasal takde ayat or perkataan kat dlm kamus dewan 324 ms. tuh yang boleh gambarkan bestnyer nikmat tu.. (nak guna perkataan Maha Best, tak bulih.. salah tuh.. cam menyekutukanNya plaks… )

Apa yang aku nak cite kali nih ialah pasal apa orang skang nih pandang ringan pasal 3 benda nih.. Sebabnya biasalah, niat.. Sebelum korang nak adakan 3 benda kat aweq atau pakwe korang.. korang mesti adakan 3 benda nih utk Allah, Rasul, Nabi ngan family korang dulu.. pasal.. takde kelulusan Mereka, kira macam takde blessings la kirenya.. Maybe korang kawen gaks ngan si dia, tapi tak nampak kebahagiaannya kot.. aku rasa la..

Selama aku idup 26 tahun kat muka bumi nih, aku tgk macam macam perangai orang yang langsung tak respek 3 benda nih.. ntah le. mungkin setan ngaco otak diorang ke, atau mmg takde otak langsung.. ( ek eleh.. aku plak yg emo.. )

"Mesti aaa EMO!! "

Korang tgk ek.. aku bagi contoh.. Sorang mamat encem dlm cobaan utk ngorat aweq cun gile, pakai tudung plaks tuh, sopan santun plak.. tapi kita tau mamat nih ade niat di sebaliknya, yang mana mungkin dia just nak fill-up the collections dia.. or mungkin nak try something new, yelah.. ngan gadis bertudung.. mana tau.. kalo dpt.. kire cam loteri oo..

So, dia pun ngayat sampai level ke penghabisan sehinggakan minah tuh cair giles kat mamat nih.. sampai sanggup sehidup semati masa tuh.. kononnyer la.. And when the time comes, this guy makes his moves and then leave her like that..

Impak frust menonggeng minah tersebut sgt hebat.. biasalah pompuan mmg camtuh.. they learn from experience, guys.. Dia akan lebih berhati-hati lagi ngan diorang punye social life for the next episode.

Dan, bercerita ttg next episode plak.. katakan la dtg pulok sorang lagi mamat yg encem tapi niat baik, dan suka berterus terang.. dtg ke aweq nih utk approach.. korang rasa aweq tu akan cakap apa?

A. Sorry, i’m not in the mood of having a relationship 4 d time being

B. Yes! i Will ! Thanks for being so nice..

C. I like too, but.. ntah la.. errr.. tgk la.. err tak tau la.. isk..

D. PANG!!!!! Pi mampuih hang..

Biasanya jawapannya adalah A. Kalau aweq tuh cakap B. Mmg minah nih tak serik serik..  Tentang jawapan C plaks.. ade jugak aweq skang yg cakap cam nih.. tapi percayalah.. dia berkebolehan utk blah camtuh aje if mamat yang baik tersilap cakap sket.. tanpa sebarang forgiveness.. because dia x tau samada mamat nih baik atau tidak.. so sebarang mistake je laki nih buat.. dia akan blah terus . kerana dia ak nak frust utk kali kedua … dan sekiranya aweq tuh cakap jawapan D. Mamat tuh dtg salah ari bulan la… kes kes kes..

Implikasi yang aku nak tunjukkan ialah aku kesiankan mamat kedua tuh kerana aweq tuh telah menukar corak pemikirannya kerana dia pernah terkena dulu.. so sapa yang salah? Aweq tuh? takkk… aweq tuh tak salah beb.. Mamat no 1 tadi ler yg buat hal.. sampaikan orang lain yang sepatutnya deserve the kasih sayang.. tak dpt his chance to carry on..

Aweq tuh walau bagaimana pun ttp ada perasaan utk disayangi.. so dia akan didekati atau pun cuba mendekati orang yg lebih jauh sudut angle nya drpd dia such as.. lelaki yang pendiam, lelaki yang berwajah biasa ataupun lelaki yang berperwatakan low-pro.

Apa jadi kat lelaki baik, yg peramah, yg encem.. dll tu?

Mereka akan kesunyian, takde makwe tapi ramai kengkawan… kalau ade makwe pun.. maybe kengkawan yang recommendkan..

Betul tak? aku tau la..

Begitu jugak dengan kes yang sebaliknya.. kalau tadi kita cite pasal yg baru nak couple, kali nih cite pasal yang dah couple tapi hubungan tak begitu gempaq pasal kehadiran orang ketiga.

Guys/Girls.. u need to listen to this..

Camne kah caranya utk memaintainkan hubungan korang..?? Maybe korang bahagia .. tapi u wont know man.. if there’s a third person inside ur relationship.. do u know how to handle, monitor and maintain the relationship yet u know that ur couple doesnt like the idea of u or him/her to go check on u everytime.. or maybe to stalk or pasang ’spy’ just to make sure its ok..

Firstly, seelok-eloknya hati korang mesti berfikir positif,  2 step ahead, sabar and u have to be clever.

Untuk aku, aku sentiasa pasang niat pada Allah agar dia bagi aku kekuatan sekiranya berlaku apa apa.. Kekuatan 1- kekuatan ati, kekuatan 2 - kekuatan otak utk berfikir cepat dan ketiga pulok - kekuatan anggota badan aku, in case keadaan memaksa aku utk melempang orang.. kes kes kes..

Adalah elok dan besar pahalanya sekiranya korang sentiasa sayang akan makwe dan pakwe korang setiap masa tanpa mengabaikanNya.. ingat tu..! Tapi masalah orang  skang nih ialah mereka sentiasa beranggapan yang sayang tuh adalah sayang.. dan sentiasa hati kecik laki ngna pompuan nih utk melihat suatu benda yang baru ataupun suke melihat orang dr perspektif yang lain..

Dan sekiranya orang tuh mempunyai perspektif yang lain dr couple mereka.. maka mula la terasa cam best aje.. pasal dia nih lain sket drpd couple korang.. Wohohooo… orang cam nih, kalau kuat iman takpe.. tapi kebanyakkannya la.. bila dah ternampak, terpikat.. pastu terpaut.. yang dipaut skang nih dilepaskan pulok.. kalau dapat mamat yang nombor dua tadi takpe jugak.. tapi kalo dpt mamat yang cam mamat memula tadi.. kan parah…? Nyesal tak sudah kan… nak patah balik pun susah..

Kes yang seterusnya , kalau ade orang ketiga yang saje dtg masuk ke dalam hubungan korang.. tanpa korang sedari.. hmm.. bior aku bagi contoh..

Memula dia hanya kawan, maybe kawan lepak, kawan opis, sahabat baik pakwe/makwe korang, atau pun mungkin kawan chatting.. mereka kelihatan seperti kawan rapat yang betul betul memahami, kononnyer paham akan apa yang korang rasa.. ataupun mungkin diorang kater yang diorang sedia ada kalau korang memerlukan..

Korang kena ingat ek.. kalau betul kawan…Sebenarnye, Kawan hanya membantu untuk menyelesaikan masalah, berikan pendapat dan sentiasa berfikiran agar couple tadi sentiasa berada dlm keadaan yang bahgia bersama.. tapi kalau ade kawan yang cakap..

"Kenapa ek dia buat camtuh.. dia tak patut buat awak camtu. Kalau awak takut, awak leh bgtau kat saya je.. lantakkan dia.. nanti pening awak asyik pk je."

Kalau nak tau.. ade 2 maksud dlm ayat nih..

1> Takpe.. aku tolong ko.. sian aweq nih.. kalo la dpt jadik aweq aku..

2> Sian kawan aku sorang ni… apa la mamat tuh.. takpe aku tolong ko..

Ko tgk ek.. jawapan nombor satu nampak je baik.. tapi kan.. hati manusia nih mana korang nak tau.. ntah ntah silap ari bulan.. jadik makwe mamat nih plaks.. padan muke korang…

Sepatutnya seorang kawan berkata begini..

"Kenapa ek dia buat camtuh.. dia tak patut buat awak camtu. Kalau awak takut, nanti saya tolong cakap dengan dia man to man… mungkin bulih kot.. mungkin dia ade isu dia yang tersendiri kot.. tgk la.. nanti saya cakapkan dengan dia.."

Tapi guys/girls.. drpd apa yang aku tahu la… untuk dapatkan sorang kawan yang betul betul kawan.. memang susah.. ramai di antara orang skang yang cuba membantu tapi dlm tak sedar timbul perasaan dlm ati diorang sehinggakan niat utk menyayangi pakwe atau makwe korang tuh wujud dlm diri diorang..

Kenapa isu nih aku saje nak kecohkan.. bukan apa.. Bukankah korang kate yang korang sanggup sehidup semati tadi.. Kan tadi korang kater sayang sangat kat dia.. tapi bila ade problem je.. korang give-up… Let go to somebody else..

Dont do that.. try to work out.. sebab tu aku cakap, kena sentiasa positif, sabar ngan sentiasa bijak handle situation.. if not.. the situation will kenakan korang baliks..

Percaya la..

September 20th, 2005 by ceplot

Dscn4234_2So, arituh aku ngan bebudak opis kena la cover satu event media launch untuk Mofaz Dagang ni haa.. bulih tahan la jugak diorang nih.. pas satu, satu barang baru kuar.. alla fonte mineral water la, energy drink Carabao la.. ( perkataan kerbau mai dari nih la..) kali nih diorang nak launch ready mixed spice plaks.. nama dia Mo-Spice.. leh tahan gaks nama dia.. pasal dlm peket tu, spices dia lebih sket dr ALigappas ngan babas.. tapi rasanyer aku test.. hmm cam lebey kurang je.. ntah la.. samada lidah aku yg tak pandai rasa atau gempak je lebih.. Tapi dlm event tuh.. ada demo masak ngan Nora Ariffin.. ala.. yang duet ngan Vince tuh.. SOmi dia, Johan Nawawi pun turun sama… Company pilih Nora buat demo pasal dia ade gaya surirumah sibuk tapi suke masak.. lagipun Nora dengar kabarnye ade buat buku masak nama dia "Secukup Rasa " kot.. lagu title secukup rasa pun ada… Ok la.. masak ayam ngan ikan.. tak sampai 10 min dah siap..

Dscn4264Bagi aku la.. rasa dia cam biasa je.. takde la power.. korang kena la tambah itu nih sket utk powerkan lagi rasa dia.. pasal ade sorang member aku try test masak… Hmmm lebih sodap drpd Chef kat Saloma Bistro tuh masak… kes kes kes….

DeviantArt

September 14th, 2005 by ceplot

Glowball_by_pgenius Ebfd345f7a7d3a8fJust_trying_arround_by_bgzero

Adala satu wesite cam forum untuk bebudak GFX nih.. www.deviantart.com . Memang baguih untuk sapa2 yang ndak blajo camner nak buat GFX gempaq.. mostly this pix was originally coming from this site.. So, nih kire cam to promote this deviant site la.. mmg cool GFX die.. antaranyer yang aku letak kat sini cuma sket je.. yang lain tuh jgn cakap la.. mmg best.. rasa cam nak tgk hasil keje bebudak GFX satu donia.. site nih mmg aku recommend to u guys..